Friday, 5 January 2018

PENGENALAN

Berhimpun merupakan salah satu yang telah termasuk dalam perlembagaan Malaysia. Berhimpun ialah hak asasi manusia berkumpul secara aman untuk menyuarakan pendapat mereka bagi kepentingan bersama. Hak untuk berhimpun di tempat awam, membentuk kumpulan dan berarak beramai ramai juga termasuk dalam perlembagaan Malaysia.

Kebebasan berhimpun adalah asas kepada sistem demokrasi yang matang. Ia membolehkan rakyat menyuarakan pendapat tentang isu- isu semasa secara bersama-sama dan menekan kerajaan untuk menunai- kan tuntutan rakyat. Kebebasan ini dapat mendorong rakyat untuk bersatu padu dan mengukuhkan suara tentang apa , bagi menuntut kepentingan bersama.

PERATURAN PERHIMPUNAN

Antara kandungan utama dalam APA2012 ini adalah kepada sesiapa yang mahu membuat perhimpunan aman di Malaysia. Antaranya ialah:
  1. Kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan kecuali acara-acara yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri.
  2. Dilarang berhimpun di dalam atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan-kawasan larangan yang telah di tetap kan, termasuk hospital, sekolah dan tempat ibadat.
  3. Protes jalanan tidak dibenarkan sama sekali.
  4. Seksyen 8 membenarkan polis untuk mengambil sebarang langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan teratur dan berjalan lancar.
  5. Seksyen 9(5) membenarkan pihak polis mendenda pihak penganjur sebanyak tidak melebihi RM10,000 jika tiada notis awal diberikan;
  6. Seksyen 21(3) membenarkan pihak polis mendenda sesiapa yang telah ditahan sebanyak tidak melebihi RM20,000;
  7. Seksyen 20(1)(c) membenarkan pihak polis menahan sesiapa yang membawa, atau merekrut kanak- kanak untuk perhimpunan;
  8. Berumur kurang daripada 21 tahun adalah tidak dibenarkan untuk menganjur perhimpunan.
  9.  Notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan. 

KESAN KEBAIKAN PERHIMPUNAN

Dalam perhimpunan rasmi ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk dengan mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat yang melibatkan pelbagai kaum yang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti tersebut. Selain itu, setiap individu dapat memberi cadangan dan jugak idea mereka sesama sendiri untuk memajukan negara dalam aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Disamping itu, setiap individu dapat membincangkan tentang cabaran yang akan dihadapi negara pada masa akan datang dan jugak cara cara untuk mengatasi cabaran yang akan dihadap oleh negara. 

Akhir sekali, dapat membentuk negara dalam keadaan aman dan bersatu padu apabila mereka saling hormat menghormati dan mengenali hak masing-masing. Dengan  cara sebegini negara kita berpontesi menarik minat pelabur pelabur dari luar negara datang ke Malaysia untuk berdagang oleh kerana mereka melihat negara kita bebas dari bencana alam dan kurang berlaku rusuhan atau perselisihan kaum malahan dapat bertukar-tukar ilmu dalam bidang teknologi.


KESAN BURUK PERHIMPUNAN

Sesetengah individu berpandangan berhimpun ini suatu bentuk kebebasan yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun sejauh manakah keberkesanan pihak penganjur untuk menjamin demonstrasi yang dijalankan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak, khususnya rakyat di sekitar Kuala Lumpur. Jika kita amati, berdasarkan pengalaman lalu, perhimpunan seumpama ini telah mengundang terlalu banyak impak dan jugak kesan buruk kepada negara apabila demonstrasi dijalankan di sesetengah tempat. Pihak yang berkepentingan tentunya tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam hal ini. 

Kalau disoroti pengalaman dahulu, pihak berkuasa seperti polis dan pasukan anti rusuhan seperti FRU dilabel sebagai tidak berperikemanusiaan terhadap aktivis yang berdemonstrasi. Wartawan asing dan media yang menyokong agenda perjuangan parti tertentu ternyata membuat liputan berat sebelah apabila hanya menyiarkan sedutan rakaman yang menggambarkan pihak berkuasa bertindak ganas menghuraikan perhimpunan yang diadakan. 

Banyak peniaga yang telah menanggung kerugian akibat daripada pengajur perhimpunan yang tidak memantuhi akta dalam perlembagaan Malaysia dan mengambil sikap lepas tangan. Contohnya pada Perhimpunan Bersih 4.0 perniaga disekitar kawasan perhimpunan tidak dapat meneruskan perniagaan mereka seperti biasa oleh kerana penganjur perhimpunan yang tidak mematuhi akta dan menyebabkan kerugian yang besar kepada peniaga-peniaga dikawasan tersebut.

LAMPIRAN




KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita perlulah mempunyai pengetahuan tentang hak-hak perhimpunan dalam perlembagaan Malaysia serta peraturan dan kesan – kesannya .Ini dapat membantu meningkatkan kestabilan ekonomi Negara disamping menjamin perpaduan dan keamanan dalam kalangan masyarakat.

Terdapat banyak kesan daripada hak perhimpunan yang boleh dipelajari seperti masa perhimpunan, tempat perhimpunan dan juga perhimpunan yang tidak perlu menggunakan permit.

Setiap warganegara mempunyai hak untuk mendapat maklumat dan kebenaran
melalui suara rakyat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai status mengenai isu hangat seperti harga minyak atau rasuah yang sering dimainkan oleh orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan harus dinyatakan dengan teliti untuk memudahkan rakyat menerima atau menolak kenyataan tersebut.Hal ini demikian kerana rakyat juga berhak mengetahui apa yang berlaku di sebalik sesebuah pentadbiran negara.

Akhir kata, kita perlulah memahami peraturan dan kesan perhimpunan supaya kita tidak melakukan sebarang aktiviti perhimpunan yang boleh menjatuhkan maruah negara dan bangsa .

Thursday, 4 January 2018

RUJUKAN


  • Buku teks tingkatan 4 - dewan bahasa dan pustaka
  • Buku teks tingkatan 5 - dewan bahasa dan pustaka
  • Perkembangan Perlembagaan Malaysia oleh Mohd Aris Hj Osman (Fajar Bakti 1983)
  • ms.m.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
  • Keratan akhbar harian metro